Wednesday, March 30, 2011

Makan lebih buah dan sayur

Pengenalan
Buah dan sayur merupakan sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan. Buah dan sayur
juga mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah serta tidak mengandungi kolesterol.

Mengapa perlumakan buah dan sayur?

Buah dan sayur perlu keran ia mempunyai pelbagai kebaikan antaranya :

  • Serat dapat mengurangkan masalah sembelit.
  • Vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit.
  • Potasium menguatkan fungsi otot.
  • Antioksidan melambatkan proses penuaan.

Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia rendah lemak, rendah kalori dan tidak mengandungi kolestrol.

Kita perlu mengambil 3-5 hidangan buah dan sayur setiap hari.

Contoh hidangan

Satu hidangan sayur-sayuran
  • 1/2 cawan sayuran berdahun hijau tua dengan batangnya bleh dimakan atau
  • 1 cawan sayur mentah atau ulam-ulaman

Satu hidangan buah-buahan
  • 1/2 biji buah jambu batu bersaiz sederhana atau
  • 1 biji buah oren, epal, pir yang sederhana atau
  • 1 biji pisang yang sederhana atau 1 potong betik, nenas

Tips Meningkatkan Pengambilan Buah-buahan dan Sayur-sayuran.
  • Makan pelbagai jenis buah segar.
  • Jadikan buah-buahan sebagai gantian makanan ringan (snek).
  • Utamakan buah-buahan segar berbanding buah-buahan dalam tin.
  • Makan buah bersama kulit untuk mendapatkan lebih serat.
  • Minum jus buah-buahan segar tanpa gula.
  • Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna.
  • Pilih sup sayur, kurangkan mengambil sup berkrim.
  • Amalkan pengambilan ulam-ulaman.

Panduan mengekalkan kandungan nutrien buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Cuci buah dan sayur sebelum dimasak atau dimakan.
  • Elakkan merendam buah dan sayur selepas dipotong.
  • Elakkan memasak sayur-sayuran terlalu lama.
  • Masukkan sayur apabila air telah mendidih atau minyak telah cukup panas.
  • Gunakan lebihan air rebusan sayur untuk dijadikan stok sup anda.
  • masak bahagian sayur yang keras terlebih dahulu.
  • Simpan sayur dan buah daripada cahaya dan haba.


Health for a Lifetime only at : http://kitasihat.blogspot.com Artikel Kesihatan untuk Rujukan dan Manfaat Kita bersama khas dari : http://kitasihat.blogspot.com