Showing posts with label Diabetes Melitus. Show all posts
Showing posts with label Diabetes Melitus. Show all posts

Monday, January 28, 2008

DIABETES MELITUS - PART 3 of 5

Rawatan Diabetes

Memilih tempat suntikan

Bagi memastikan penyerapan insulin dengan betul, suntikan hendaklah diberi terus ke dalam tisu subkutaneus (lapisan di bawah kulit).


Cubitan

Cubitan hendaklah dilakukan dengan betul menggunakan ibu jari dan jari telunjuk/jari hantu. Kemudian tarik bahagian kulit (dermis) dan tisu subkutaneus sahaja ke atas tanpa melibatkan otot.
Lepaskan lipatan kulit apabila jarum telah ditarik keluar. Jangan lepaskan terlalu awal kerana ia akan tersuntik bahagian otot.

Cubit selipatan kulit yang bersih antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucuk jarum perlahan-lahan masuk ke dalam lipatan kulit tersebut pada sudut 900. Ada ketika tertentu anda gagal untuk membuat cubitan (seperti mengalami penyakit artritis) atau anda memilih untuk tidak mencubit. Dalam keadaan tersebut anda perlu menyuntik pada sudut 450 bagi mengelakkan anda menyuntik masuk ke dalam otot.


Tempat-tempat suntikan yang utama

Terdapat perbezaan ketebalan kulit di beberapa bahagian di badan kita yang boleh digunakan untuk suntikan insulin. Kecepatan atau kelajuan penyerapan insulin adalah penting. Setiap tempat mempunyai kadar atau pola penyerapan yang berbeza-beza.

Bagi membolehkan ramalan terhadap kesan dos insulin dibuat dengan betul atau tepat, seseorang itu perlu memilih sesuatu tempat secara tetap untuk waktu-waktu tertentu dalam sehari, seperti yang tertera pada rajah di bawah:

Kelajuan penyerapan

Paha

-

perlahan

Lengan

-

sederhana

Abdomen

-

cepat

Punggung

-

perlahan

Kesan sampingan biasa yang akan di alami oleh pesakit ialah seperti debaran jantung, kekeliruan, berpeluh dan atropi (penyusutan tisu akibat kemerosotan sel) atau hipertropi (penambahan saiz tisu akibat pembesaran sel-sel) pada tisu lemak subkutaneus di tempat suntikan.

(Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah di atas. Jangan berhenti menggunakan insulin tanpa memaklumkannya kepada doktor anda)

Terapi atau rawatan yang tidak menggunakan insulin selalunya diberikan kepada pesakit Diabetes Jenis II. Ianya merangkumi pemakanan (diet), senaman dan ubat makan.

Sunday, January 27, 2008

DIABETES MELITUS - PART 2 of 5

Gejala diabetes untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. Pesakit diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung.

Tindak balas hipoglisemia

Di samping tindak balas atau reaksi hiperglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah), tindak balas hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) juga boleh berlaku kesan dari: pengambilan insulin yang berlebihan, melangkau makan, terlalu banyak bersenam, penyakit, pengambilan alkohol dan masa antara pengambilan ubat dengan waktu makan yang tidak kena.

Tanda-tanda hipogisemia yang pertama ialah:

  • lapar

  • berpeluh

  • tidak dapat memberi tumpuan

  • debaran jantung

  • peningkatan keresahan

  • loya

Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia?

  • Minum sedikit air buah-buahan

  • Ambil 1/2 tin minuman ringan

  • Ambil 2 sudu teh gula pasir

  • Makan sedikit snek

  • Ambil 7 biji kekacang jeli

  • Gosokkan serbuk glukos ke gusi

(Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun).

Komplikasi Diabetes

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.

Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Saturday, January 26, 2008

DIABETES MELITUS - PART 1 of 5

Definisi

Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali (secara tidak tepat) sebagai kencing manis.

Terdapat 2 jenis diabetes:

  • Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
  • Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)

Diabetes Jenis I dan II dapat dibezakan seperti berikutnya:

Diabetes Jenis I (IDDM)

Diabetes Jenis II (NIDDM)

jarang berlaku tetapi keadaannya lebih teruk

biasa berlaku

terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun.

terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang berumur 35 tahun ke atas.

terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).

terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat).

tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes

mempunyai sejarah keluarga

tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesiti.

kejadian kegemukan sangat tinggi

pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius.

merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.

rawatan: pemakanan + suntikan insulin

rawatan: pemakanan + senaman (menurunkan berat badan) + ubat makan + suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu).

(Petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan penyakit diabetes ialah apabila paras glukosa melebihi 140gm/ml pada 2 kali pengambilan yang berbeza atau keputusan yang diambil dalam keadaan pesakit tidak berpuasa menunjukkan paras glukosa 200mg/ml atau lebih tinggi).

Tanda-tanda dan gejala amaran

  • Kerap membuang air kecil
  • Terasa amat dahaga
  • Kabur penglihatan
  • Nafas berbau manis
  • Penurunan berat badan
  • Keletihan
  • Luka yang lambat sembuh