Showing posts with label Darah Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Darah Tinggi. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Tekanan Darah Tinggi

Ketahui Tekanan Darah Anda
CEGAH KOMPLIKASI

Apa itu Darah Tinggi
  • Darah Tinggi bermakna apabila bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmHg atau lebih dan / atau diastolik 90 mmHg atau lebih atau anda mengambil ubat darah tinggi
  • BP >140 mmHg / > 90
  • BP > 140 / > 90 mmHg
Kepentingan Mengawal Darah Tinggi Kerana:
  • Membawa kepada beberapa akibat buruk seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
  • Rawatan di peringkat awal adalah lebih baik bagi mengawal penyakit darah tinggi dan mengelak komplikasi.
 Faktor Risiko Penyakit Darah Tinggi
  • Berat Badan berlebihan atau obes
  • Apabila umur semakin meningkat
  • Sejarah penyakit darah tinggi dikalangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau adik beradik.
  • Mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil.
  • Merokok.
  • mempunyai penyakit seperti diabetes, kegagalan buah pinggang dan tiroid.
  • Tidak bersenam
  • Stress atau tekanan.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan.
  • Pengambilan garam dalam makanan yang berlebihan
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
Komplikasi
Rawatan awal dan berterusan dapat mencegah komplikasi darah tinggi seperti berikut:
  • Penyakit jantung koronari
  • Serangan jantung
  • Strok angin ahmar
  • Kegagalan fungsi buah pinggnag
  • Pengerasan arteri (atherosclerosis)
  • kerosakan mata yang boleh menyebabkan kebutaan.
Pemeriksaan Darah Tinggi
Pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat secara berjadual perlu dilakukan bagi pesakit darah tinggi. Antara jenis pemeriksaan yang mesti dilakukan:
  1. Pemeriksaan tekanan darah
  2. Pemeriksaan jantung sperti Echocardiography (ECG) dan X-ray dada
  3. Pemeriksaan mata
  4. Strok/angin ahmar
  5. Pemeriksaan buah pinggang seperti urin protein, urin albumin, serum creatinine, dan urin microalbumin
  6. Jenis alat yang boleh digunakan
  7. Cara penggunaan alat yang betul
  8. Kekerapan pemeriksaan
  9. Keputusan tekanan darah hendaklah dibawa dan berbincang dengan Doktor, Penolong Pegawai Perubatan atau Jururawat
Cara berikut boleh menurunkan tekanan darah dan mengawal darah tinggi
  1. Amalkan cara hidup sihat - bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 20 minit setiap kali.
  2. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, kurangkan garam dan lemak, lebihkan sayur dan buah-buahan serta pilih makan segar.
  3. Sasar dan kekalkan berat badan yagn unggul.
  4. Jangan mengambil alkohol dan minuman keras.
  5. Tidak merokok.
  6. Makan ubat darah tinggi megikut nasihat doktor.








Health for a Lifetime only at : http://kitasihat.blogspot.com Artikel Kesihatan untuk Rujukan dan Manfaat Kita bersama khas dari : http://kitasihat.blogspot.com

Tuesday, March 4, 2008

TEKANAN DARAH TINGGI - PART 2 of 2

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:

  • Serangan jantung

  • Angin ahmar

  • Kegagalan jantung

  • Kerosakan buah pinggang

Jika Tekanan Darah Anda Optima (130 / 80 mmHg)

Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:

  • Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;

    • 2 kali setahun jika kadarnya normal

    • lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.

  • Tidak merokok

    • Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

  • Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan :-

    • Garam
      Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.

    • Lemak
      Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

  • Kekalkan berat badan unggul.

  • Bersenam secara berkala.

  • Elakkan pengambilan alkohol.

Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-

  • Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.

  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.

  • Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.

Monday, March 3, 2008

TEKANAN DARAH TINGGI - PART 1 of 2


KETAHUI TEKANAN DARAH ANDA - ELAKKAN KOMPLIKASI

Apa Dia Tekanan Darah?

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah ynag disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-

120 / 80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah Berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apa Dia Tekanan Darah Tinggi?

Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.

Tekanan darah optima
130 / 80 mmHg

Tekanan darah tinggi

Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.

Kenapa Anda Perlu Mengetahui Tentang Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.