Saturday, May 26, 2007

Belajar Menangani Stress Pekerjaan : Part 2

Tangani kemarahan secara berkesan

Tiga langkah yang penting:

  1. Berhenti : akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang
  2. Berfikir : rancang fikiran anda
  3. Bertindak : gunakan daya tindak yang berkesan

Atasi masalah dengan berkesan

Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL

· I: Identify the Problem ( Kenal pasti masalah )
· D: Describe Possible Option ( Huraikan pilihan yang ada )
· E: Evaluate Pros and Cons ( Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan )
· A: Act Based On The Best Possible Action ( Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik )
· L: Learn ( Belajar dan semak semula )

Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan lain-lain.

Praktikkan pengurusan masa yang berkesan

  • Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari
  • Senaraikan tuga-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
  • Delegasikan tugas anda secara berkesan

Amalkan cara hidup sihat

  • Bersenam selalu
  • Makan secara sihat
  • Tidak Merokok
  • Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
  • Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain-lain)

Thursday, May 24, 2007

Belajar Menangani Stress Pekerjaan : Part 1

Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

  • Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai

Praktikan pemikiran yang rasional dan positif

Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. Sekiranya ini berlaku;

  • Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
  • Pastikan tafsiran anda tentag sesuatu situasi sepadan dengan fakta
  • Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah

Berkomunikasi secara berkesan

  • Jadilah pendengar yang baik
  • Berkomunikasi secara agresif
  • Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
  • Hormati pandangan orang lain
  • Gunakan fakta, bukannye mengikut perasaan

Tangani kritikan dengan baik

  • Apabila anda dikritik : bertenang, tentukan apa yang anda boleh percaya
  • Sekiranya kritikan itu benar : terima, ambil langkah sewajarnya
  • Sekiranya kritikan itu tidak benar: dpatkan lebih maklumat, betulkan tanggapan yang salah itu!