Wednesday, March 5, 2008

SCHIZOPHRENIA

I. Apakah Schizophrenia?

Schizophrenia adalah nama diberi kepada sekumpulan penyakit jiwa dimana terdapat gangguan dalam perasaan, pemikiran dan tingkah-laku seseorang itu.

Ia adalah penyakit yang menyebabkan kehilangan upaya dan mengganggu dengan kehidupan seharian seseorang itu.

Sesiapa sahaja boleh menghidap Schizophrenia dan ia berlaku dengan kadar 1% dikalangan penduduk umum.

Ia tidak berjangkit dari seorang kepada seorang yang lain.

II Bilakah Ia Berlaku?

Tidak kira umur tetapi biasanya dalam lingkungan umur 12 hingga 45 tahun.

III Bagaimana Kita Dapat Mengenal Penyakit Ini?

  • Kelakuan yang pelik dan ganjil.

  • Bercakap atau ketawa seorang diri.

  • Cuai dengan rupa dan kesihatan diri.

  • Gangguan tidur malam.

  • Pertuturan sukar diikuti.

  • Sangkaan palsu yang orang-orang lain akan mencederanya atau mengawal dirinya.

  • Berkeliaran.

  • Cuai tentang kerjanya dan lain-lain.

IV Apakah Rawatannya?

  • Berikut adalah rawatan untuk Schizophrenia:-

  • Pengubatan yang berterusan iaitu tablet dan suntikan.

  • Rawatan Electroconvulsive therapy.

  • Aktiviti kerja.

  • Sokongan keluarga.

  • Bercakap dengan seseorang yang terlatih.

  • Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Seseorang Menghidap Gejala-Gejala Di Atas?

  • Bawa ke doktor yang berdekatan