Monday, March 3, 2008

TEKANAN DARAH TINGGI - PART 1 of 2


KETAHUI TEKANAN DARAH ANDA - ELAKKAN KOMPLIKASI

Apa Dia Tekanan Darah?

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah ynag disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-

120 / 80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah Berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apa Dia Tekanan Darah Tinggi?

Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.

Tekanan darah optima
130 / 80 mmHg

Tekanan darah tinggi

Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.

Kenapa Anda Perlu Mengetahui Tentang Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.