Gejala diabetes untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. Pesakit diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung.
Tindak balas hipoglisemia
Di samping tindak balas atau reaksi hiperglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah), tindak balas hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) juga boleh berlaku kesan dari: pengambilan insulin yang berlebihan, melangkau makan, terlalu banyak bersenam, penyakit, pengambilan alkohol dan masa antara pengambilan ubat dengan waktu makan yang tidak kena.
Tanda-tanda hipogisemia yang pertama ialah:
-
lapar
-
berpeluh
-
tidak dapat memberi tumpuan
-
debaran jantung
-
peningkatan keresahan
-
loya
Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia?
-
Minum sedikit air buah-buahan
-
Ambil 1/2 tin minuman ringan
-
Ambil 2 sudu teh gula pasir
-
Makan sedikit snek
-
Ambil 7 biji kekacang jeli
-
Gosokkan serbuk glukos ke gusi
(Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun).
Komplikasi Diabetes
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.