Tuesday, January 29, 2008

PENGHADAMAN DAN TOKSIN

Dalam saluran penghadaman yang tidak berfungsi dengan baik, toksin boleh membentuk sisa makanan yang tidak dapat dihadamkan, menukarkan sisa-sisa kepada kompaun reaktif lalu mengakibatkan pengumpulan bahan buangan dalam kolon.


Sisa buangan ini akan mula mereput, menghasilkan bakteria dan toksin. Toksin-toksin ini akhirnya menyelinap masuk ke dalam dinding usus besar di mana kapilari darah akan menyerapnya dan mengangkut sisa buangan tersebut ke seluruh badan.

Jika sistem keimunan badan seseorang adalah sihat dan organ yang penting untuk proses perkumuhan seperti kulit, buah pinggang, kolon, limpa dan hati berfungsi pada tahap optimum, badan boleh mengeluarkan sisa-sisa ini dengan sendirinya.

Namun, badan kita mungkin gagal untuk mengumuhkan sisa-sisa ini atas sebab-sebab tertentu. Jika toksin diserap dengan lebih cepat oleh badan berbanding dengan keupayaannya untuk membuang toksin tersebut, keadaan bertoksik akan wujud dalam badan kita.

Berhenti meracuni sel badan kita!

Hasil penyelidikan mendapati tahap hormone tekanan yang tinggi seperti adrenalin dan kortisol, boleh mengubah “saluran penyahtoksinan bermanfaat” kepada “saluran penyahtoksinan membahayakan”, dan seterusnya mendorong toksin seperti radikal bebas wujud dalam badan.

Radikal bebas ini boleh mengakibatkan kemusnahan sel melalui satu proses yang dikenali sebagai pengoksidaan, iaitu satu faktor penting lain yang menyumbang kepada tahap toksin yang tinggi dalam badan.

Dalam sesetengah keadaan, usus besar tidak berupaya mengumuhkan toksin, sebaliknya toksin tersebut diserap balik ke dalam aliran darah. Proses ini dikenali sebagai pengtoksinan-auto. Pengambilan makanan yang tidak berzat, alahan kepada makanan dan antibiotik yang boleh membunuh flora semula jadi dalam badan, sembelit dan pertumbuhan bakteria berbahaya yang berlebihan akan meningkatkan proses pengtoksinan-auto ini.

Kandungan toksin dan bakteria berbahaya yang berlebihan dalam badan akan menjejaskan fungsi enzim dan seterusnya mengelakkan aktiviti sel yang biasa, khususnya di dalam sistem otak dan saraf.

Bebaskan badan kita daripada sampah ini!

Jika kita berusaha kuat untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa buangan dikumpulkan dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita.

Apabila badan kita menemui toksin, hanya terdapat beberapa cara untuk mengendalikannya: menyembunyikannya dalam lemak, membuangnya ke dalam tisu seperti otot dan organ atau mengumuhkannya sebagai sisa buangan.

Untuk mengelakkan sebarang kesan buruk, organ badan kita memerlukan bantuan tambahan untuk mengumuhkan sisa buangan yang terkumpul di dalam badan, iaitu melalui “perkhidmatan pengendalian bahan buangan”. Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, limpa dan hati.

Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit, kembung perut, kelesuan, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat, tekanan mental, tidur yang tidak lena, ruam kulit, sakit tekak, daya tumpuan lemah, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukos darah yang tidak seimbang, mukus berlebihan dan badan berbau. Pengamal perubatan semula jadi percaya bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi.