Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan dengan sistem reproduktif serta proses dan fungsinya
Kepentingan kesihatan reproduktif yang baik dalam keluarga
- Untuk perkembangan keluarga sihat dan interaksi positif
- Untuk mencegah kehamilan yang tidak dikehendaki, penyakit kelamin dan penderaan seks
- Untuk memastikan hubungan seksual yang bertanggungjawab dan memuaskan antara pasangan
Bagaimana keluarga boleh membina kesihatan reproduktif yang baik ?
- Suami/isteri mestilah secara aktif mendorong peningkatan tahap kesihatan pasangan masing-masing
- Pasangan suami/isteri sepatutnya saling hormat menghormati dan menjalin persefahaman untuk mencapai kepuasan hubungan seksual
- Setiap kehamilan perlu dirancang, dikehendaki dan selamat
- Setiap ahli keluarga seharusnya memastikan bahawa ibu yang hamil perlu menerima penjagaan kesihataan yang baik semasa hamil dan bersalin serta selepas bersalin
- Ibu bapa seharusnya membimbing dan memupuk harga diri anak-anak serta menanam nilai-nilai murni khususnya berhubug tanggungjawab perilaku seks
- Ibu bapa patut mengetahui bahawa anak remaja mempunyai keperluan reproduktif yang khusus
- Ibu bapa mesti melindungi anak-anak mereka dari penderaan seksual
- Setiap ahli keluarga seharusnya mengetahui bahawa tingkah laku seksual berisiko boleh menyebabkan penyakit kelamin termasuk AIDS