Wednesday, February 6, 2008

APA KAWALAN UNDANG-UNDANG KE ATAS SYABU? .- PART 5 of 5

Sebelum 29.11.97, methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikan, penjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau pemenjaraan sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 29.11.97 methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.

Di bawah Pindaan ini -

Pemilik 50g dan lebih methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan.

Pemilik kurang dari 5g methamphetamine boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengguna yang menggunakan methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.

Rampasan syabu, 1996-2000

Tahun

Berat syabu yang dirampas

1996

1.81 kg

1997

2.09 kg

1998

6.43 kg

1999

5.41 kg

2000 (sehingga Mei)

14.66 kg

Data tangkapan pemilikan syabu


1998

1999

Jan-Mei 2000

Seksyen 39B

31

48

18

Seksyen 39A(2)

0

7

50

Seksyen 39A(1)

0

56

5

Lain-lain

268

498

395

Jumlah

299

609

468