Wednesday, February 6, 2008

BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN SYABU? - PART 4 of 5

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Sidang Khas mengenai masalah dadah sedunia, 8-10 Jun 1998, terdapat 2,400 kematian berkaitan dengan methamphetamine di Amerika Syarikat untuk tempoh 1991-1995; di Jepun hampir 90% pelanggaran undang-undang kawalan dadah adalah yang berkaitan dengan methamphetamine; di Filipina, methamphetamine adalah dadah yang paling banyak disalahgunakan sejak awal 1950'an; dan di Republik Korea dan Australia, methamphetamine adalah dadah kedua yang paling banyak disalahgunakan selepas ganja.

Kadar penyalahgunaan sebenar methamphetamine di Malaysia tidak diketahui tetapi dipercayai sedang meningkat. Jumlah syabu yang dirampas oleh pihak penguatkuasa didapati meningkat dari 1.81kg pada tahun 1996 kepada 5.41kg pada tahun 1999. Pada tahun ini untuk tempoh 5 bulan pertama sahaja 14.66kg syabu telah dirampas.