Monday, April 21, 2008

Pencegahan Dadah - PART 5 of 5

Pencegahan

Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.

Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.

Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

Artikel dipetik dari Kementerian Kesihatan untuk Rujukan dan Manfaat Kita bersama khas dari :
http://kitasihat.blogspot.com

Komplikasi Dan Ujian Dadah - PART 4 of 5

Komplikasi

Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.

Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS

Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

Ujian - Ujian

Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.


Artikel dipetik dari Kementerian Kesihatan untuk Rujukan dan Manfaat Kita bersama khas dari :
http://kitasihat.blogspot.com

Tanda- Tanda dan Gejala Dadah - PART 3 of 5

Tanda- Tanda dan Gejala

Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:

a) Gejala fizikal

  • Berpeluh

  • Meremang bulu roma

  • Pening kepala

  • Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi

  • Keresahan

  • Insomnia - tidak dapat tidur

  • Kerisauan

  • Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan

  • Sentiasa ponteng kerja

  • Penurunan prestasi kerja

  • Digantung atau dibuang sekolah

  • Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan

  • Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam

  • Mencuri

Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:

  • Gangguan koordinasi

  • Mata merah

  • Insomnia - tidak dapat tidur

  • Hilang selera makan

  • Penurunan berat badan

  • Kemurungan

  • Cakap banyak

  • Tidak dapat mengimbang diri

  • Loya dan muntah

  • Mengetap gigi dan rahang

  • Peningkatan tenaga

  • Kerap menggosok hidung

  • Berpeluh berlebihan

  • Mengantuk

  • Menggunakan tandas terlalu lama

Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.


Artikel dipetik dari Kementerian Kesihatan untuk Rujukan dan Manfaat Kita bersama khas dari :
http://kitasihat.blogspot.com

Faktor - Faktor Risiko Dadah - PART 2 of 5

Faktor - Faktor Risiko

Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:

  • Faktor biologi

    • Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.

  • Faktor psikososial

    • Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

  • Faktor sosial

    • Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.

    • Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.


Artikel dipetik dari Kementerian Kesihatan untuk Rujukan dan Manfaat Kita bersama khas dari :
http://kitasihat.blogspot.com


Penyalahgunaan Dadah - PART 1 of 5

Pengenalan

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam)

Penerangan

Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.

Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.


Asas Saintifik

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.

Artikel dipetik dari Kementerian Kesihatan untuk Rujukan dan Manfaat Kita bersama khas dari :
http://kitasihat.blogspot.com

Sunday, April 20, 2008

Diarrhoea In Children

What is diarrhoea?

  • Diarrhoea is a condition whereby children will pass motion more frequently than usual and their faeces is usually liquid.

  • Diarrhoea is spread by germs from faeces entering the mouth.

  • The germs can be spread by water, food, hands, eating and drinking utensils, by flies and by dirt under the fingers.

Why is diarrhoea dangerous?

  • Diarrhoea is dangerous. If not treated, it can kill.

  • Most often, diarrhoea kills by dehydration, which means that too much fluid has been drained out of the child’s body.

  • Fluids and nutrients lost during diarrhoea should be replaced.

When a child has diarrhoea, give more fluids than usual

Suitable drinks to prevent a child from getting dehydrated are:

  • Oral Rehydration Salts (ORS) mixed with the recommended amount of cooled boiled water.

  • Breast milk.

  • Porridge (diluted mixture of cooked cereals and water).

To prevent dehydration, one of these drinks should be given to the child every time he/she passes watery stool:

  • Soups

  • Rice water

  • Fresh fruit juices

  • Weak tea

  • Young coconut water

  • If nothing else is available, give cooled water.

The amount to be given is:

  • If your child is less than 2 years old, give ¼ - ½ cup, in small amounts but frequently.

  • If your child is more than 2 years old, give ½ - 1 cup, in small amounts but frequently.

If the child vomits, wait for 10 minutes and then begin again, feeding the drink to the child slowly in small sips at a time.

Extra liquids should be given until the diarrhoea stopped.

ORS - A Special Drink

  • A special drink for diarrhoea can be made by using a packet of Oral Rehydration Salts (ORS)

  • This drink is used by doctors and health workers to treat dehydrated children. But it can also be used at home to prevent dehydration.

  • ORS is available in health centres, clinics and pharmacies.

  • To make the drink:

  • Dissolve the contents of the packet in the amount of cooled boiled water as indicated on the packet.

  • If you use too little water, the drink could make the diarrhoea worse. If you use too much water, the drink will be less effective.

  • Stir well, and feed it to the child in small sips from a cup.

  • After 24 hours, throw away the leftover of ORS solution.

When a breastfed child has diarrhoea, it is important to continue breast feeding

  • When a breastfed child has diarrhoea, breast feeding should be continued, and if possible, more frequent.

  • If the child cannot suck, it is best to squeeze out the breastmilk and feed it to the child from a clean cup and spoon.

Medical help is needed if diarrhoea is more serious than usual

Parents should get help from a health worker as soon as possible if the child becomes dehydrated.

Signs of dehydration are:

  • Sunken eyes

  • Extreme thirst

  • No tears when the child cries

  • Passing less urine which is darker in colour

  • Has high fever

  • Will not eat or drink normally and vomits frequently

  • Pass stool with blood

  • Has persistent diarrhoea

  • Diarrhoea continues for more than 2 weeks

In the meantime, keep giving the child liquids to drink.

A child with diarrhoea needs food

  • Diarrhoea can lead to serious malnutrition unless parents make special effort to keep feeding the child during and after the illness.

  • A child with diarrhoea usually has less appetite. Coax the child to eat frequently by offering small amounts of his or her usual foods.

  • Children who eat solids should be given softrice or congee initially and then add well cooked meat or fish. Add 1 or 2 teaspoonfuls of oil to congee and vegetable mixes.

  • When diarrhoea lessens, fruits like bananas, papayas and pineapples are also good for the child.

  • Food should be freshly prepared and given to the child 5 or 6 times a day.

A child who is recovering from diarrhoea needs an extra meal everyday for at least a week

  • Extra feeding after diarrhoea stops is vital for a full recovery.

  • Give the child an extra meal a day for at least a week. This will help the child to catch up on the food ‘lost’ while the child was ill and the appetite was poor.

  • A child is not fully recovered from diarrhoea until he or she has at least the same weight as before the illness began.

  • Breastfeeding more frequently than usual also helps to speed up recovery.

How to prevent diarrhoea?

  • Give only breastmilk for the first 4 – 6 months of a baby’s life.

  • At the age of 4 – 6 months, introduce clean, nutritious, well-mashed, semi-solid foods and continue to breastfeed.

  • If milk powder solution or fresh cow’s milk has to be used, feed it to the child from a cup with a clean spoon.

  • Water should be boiled and cooled before use.

  • Immunise your child against measles. Measles frequently result in serious diarrhoea. Immunisation protects your child against this cause of diarrhoea.

  • Always use sanitary toilet.

  • Wash hands with soap and clean water before preparing or eating food, and immediately after using the toilet.

  • Cover food and drinking water to protect it from flies.

  • Food should be well-cooked. If possible, prepare it just before eating. It should not be left for long or it will collect germs.

  • Dispose refuse in bins or bags if it is to be collected, or bury it to stop flies from spreading diseases.

PROGNOSIS DEMAM DENGGI - PART 5 of 5

Apakah prognosis bagi demam denggi?
Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.

  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.

  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

Saturday, April 19, 2008

KOMPLIKASI DENGGI - PART 4 of 5

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah:

  • Demam Denggi Berdarah.

  • Sindrom Renjatan Denggi.


Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

  • Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.

  • Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.


Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.


Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:

  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.


Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:

  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.

  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.

  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

Friday, April 18, 2008

GEJALA DENGGI - PART 3 of 5

Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

  • Kadar kematian amat rendah.

  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat

PENYEBAB DEMAM DENGGI - PART 2 of 5

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

  • Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?

Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih.

Thursday, April 17, 2008

APA ITU DEMAM DENGGI - PART 1 of 5

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Wednesday, April 16, 2008

TEKANAN & STRES - PART 3 of 3

Pelbagai krisis atau perubahan hidup mempunyai kesan yang berbeza ke atas kesihatan. Amat berguna bagi kita mengetahui kesan-kesan krisis ini supaya persediaan yang wajar dapat dibuat untuk menghadapinya. Untuk mengukur kedudukan anda pada skala di atas, jumlahkan skor yang didapati bagi setiap peristiwa yang dialami sepanjang 12 bulan yang lepas.





Skor

Kebarangkalian jatuh sakit

300

80%

200 - 299

50%

150 - 199

33%

Jumlah skor ini akan dapat meramalkan sejauh mana kesihatan anda secara keseluruhannya boleh dipengaruhi oleh perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupan anda. Langkah-langkah yang berkesan untuk melawan tekanan ini perlu diambil untuk mengurangkan kesan dari perubahan tersebut.

PENGURUSAN SENDIRI

  • Bersenaman secara tekal (20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu). Senaman dapat meningkatkan kesihatan fisikal dan emosi

  • Mengamalkan tabiat yang sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup

  • Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Bersikap realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kepuasan.

  • Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukkan masa untuk hobi dan rekreasi.

  • Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum anda merasa tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang anda boleh percayai (pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama)

  • Bersikap positif dan belajar menerima kelemahan diri. Jangan merasa gusar mengenai perkara-perkara yang di luar kawalan anda. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang dimiliki apabila merasa tertekan.

  • Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.

  • Bina silaturrahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda merasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam sesuatu perhubungan.

  • Ubahsuai persekitaran anda untuk menyingkirkan unsur-unsur yang menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri anda

  • Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.

  • Uruskan masa anda dengan baik. Senaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingannya. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak

  • Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu.

  • Rehat dan tenangkan diri anda dengan melakukan perkara-perkara seperti mandi wap, berurut, meditasi, membuat renungan (membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan) dan menarik nafas sedalamnya akan merehatkan otot-otot dalam (mengecut dan merehatkan gentian otot)

  • Membantu mereka yang memerlukan. Menolong seseorang akan dapat mengubah tumpuan dan perhatian kita dari masalah dan kerisauan yang dihadapi.

AMARAN: Membantu diri sendiri adalah sangat berfaedah, tetapi ia bukanlah pengganti kepada bantuan profesional. Masalah tingkah laku dan emosi boleh memudarat dan membahayakan.

Health for a Lifetime only at :
http://kitasihat.blogspot.com

Tuesday, April 15, 2008

TEKANAN & STRES - PART 2 of 3

  • APAKAH PUNCA-PUNCA YANG LAZIMNYA MENIMBULKAN TEKANAN
    • Personaliti
      • Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
      • Keresahan
      • Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
      • Bercita-cita terlalu tinggi
    • Persekitaran
      • Keadaan yang sesak
      • Suasana bising
      • Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
    • Gaya hidup dan pekerjaan
      • Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
      • Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
      • Jaminan kerja yang tidak kukuh
      • Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
      • Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
      • Pengurusan masa yang tidak baik
    • Keluarga
      • Masalah kewangan
      • Masalah hubungan
      • Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian.

ADAKAH SESUATU PERUBAHAN ITU AKAN MEMBUATKAN ANDA JATUH SAKIT?

Jadual perkadaran krisis kehidupan

Peristiwa

Kadar

Skor


Kematian pasangan hidup
Perceraian
Perpisahan
Hukuman penjara
Kematian ahli keluarga yang rapat
Cedera atau jatuh sakit
Perkahwinan
Dibuang kerja
Berbaik semula (merujuk) dengan pasangan hidup
Persaraan
Perubahan kesihatan ahli keluarga
Kehamilan
Masalah seks
Pertambahan ahli keluarga yang baru
Penyesuaian semula perniagaan
Perubahan status kewangan
Kematian teman karib
Perubahan tugas kerja yang berbeza
Perubahan pada bilangan pertengkaran dengan pasangan
Pinjaman bank atau gadai janji yang besar nilainya
Tempoh tamat gadai janji atau pinjaman yang menyebabkan hak milik diambil alih
Perubahan tanggunjawab di tempat kerja
Anak meninggalkan rumah
Masalah dengan ipar-duai
Pencapaian peribadi yang luar biasa
Pasangan mula bekerja atau berhenti kerja
Permulaan atau tamat persekolahan atau kolej
Perubahan keadaan hidup
Perubahan tabiat diri
Masalah dengan majikan
Perubahan waktu atau suasana bekerja
Perubahan tempat tinggal
Pertukaran sekolah atau kolej
Perubahan aktiviti rekreasi
Perubahan aktiviti keagamaan
Perubahan aktiviti sosial
Pinjaman bank atau gadai janji yang sederhana nilainya
Perubahan tabiat sosial
Perubahan dalam kebiasaan berkumpul ahli keluarga
Perubahan tabiat makan
Percutian
Perayaan
Perlanggaran undang-undang yang kurang serius

100
73
65
63
63
53
50
47
45
45
44
40
39
39
38
38
37
36
35
30
30
29
29
29
28
26
26
25
24
23
20
20
20
19
19
18
17
16
15
15
13
12
11

Monday, April 14, 2008

TEKANAN & STRES - PART 1 of 3

Stres

Dalam kehidupan sehari-hari, kita terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan atau stres. Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.

Kehidupan moden hari ini sememangnya penuh dengan tekanan. Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Jika tidak dirawat, tekanan yang dihadapi akan membuat kita merasa tidak berdaya dan tidak berguna. Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan

APAKAH TANDA-TANDA AMARAN SESUATU TEKANAN

Gejala Fizikal

Gejala Mental

Degupan jantung yang cepat Merasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
Banyak berpeluh Risau dan bimbang
Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
Bernafas kencang Merasa tidak sihat
Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil Sukar untuk tidur
Kaki dan tangan terasa sejuk Keinginan seks menurun
Selera makan berubah Terasa amat letih
Gangguan keseksualan Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

APAKAH KESAN AKIBAT TEKANAN YANG BERPANJANGAN ?

  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
  • Serangan jantung
  • Masalah sinus
  • kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Serangan migrain
  • Gangguan kebimbangan
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan

Health for a Lifetime only at :
http://kitasihat.blogspot.com

Sunday, April 13, 2008

TALASEMIA RAWATAN - PART 4 of 4

Rawatan

Talasemia minor
Rawatan tidak diperlukan.

Talasemia major

    • Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.

    • Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.

    • Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.


Health for a Lifetime only at :
http://kitasihat.blogspot.com

Saturday, April 12, 2008

TALASEMIA - PART 3 of 4

Penjagaan sendiri

  • Ingatkan kanak-kanak supaya mengelakkan makanan dengan kandungan ferum yang terlalu tinggi seperti daging merah dan makanan lain yang kaya ferum seperti hati. Ingatlah bahawa ferum dalam daging lebih mudah diserap berbanding sumber-sumber ferum yang lain seperti bijirin dan roti.

  • Sesetengah makanan seperti jus oren boleh meningkatkan penyerapan ferum manakala yang lain seperti teh, hasil tenusu dan kopi boleh mengurangkan penyerapannya. Bagaimanapun, jika anda menggunakan Desferral, anda disyorkan mengambil 250mg vitamin C selepas memulakan infusi untuk meningkatkan keluaran ferum.

  • Kanak-kanak dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual terutama pelalian Hepatitis B untuk melindungi mereka daripada jangkitan akibat pemindahan darah seperti Hepatitis B.

  • Sesetengah kanak-kanak yang lebih tua terutama yang telah baligh cenderung mendapat ulser kaki terutamanya di keliling buku lali. Ini disebabkan kekurangan bekalan oksigen pada kulit akibat anemia dan peredaran darah yang lambat apabila seseorang itu berdiri atau duduk. Dengan itu mereka yang mengalami ulser ini dinasihat mengelakkan diri dari terhantuk buku lali dan memakai stoking dengan melipat bahagian atasnya atau memakai gelung dari kain khas yang tebal untuk melindungi tulang kering.

  • Tingkatkan peredaran darah sebaik mungkin di bahagian buku lali. Ini boleh dilakukan dengan meninggikan kaki melebihi paras jantung. Tidur dengan kaki ditinggikan sedikit dan meletakkan kaki di atas kerusi /sofa ketika berehat, contohnya semasa menonton televisyen.

  • Kebersihan dan kesihatan individu mestilah memuaskan dan kebersihan perlu dipelihara terutama di tempat Desferral disuntikkan/dimasukkan ke dalam badan.

  • Jangan lambat mendapatkan rawatan susulan di hospital atau pemindahan darah. Adalah penting bagi pesakit mengekalkan paras hemoglobin purata sehampir normal yang mungkin supaya tumbesaran yang hampir normal juga diperolehi. Tumbesaran dan perkembangan pesakit mesti diawasi dengan teliti.

Talasemia merupakan penyakit yang memerlukan pemahaman tentang genetik dan fisiologi. Adalah penting untuk individu yang mengalaminya dan pembawa ciri ini menjadi ahli Persatuan Talasemia yang aktif bagi menimba pengetahuan dan maklumat terkini daripada mereka yang berkelayakan

Health for a Lifetime only at :
http://kitasihat.blogspot.com

TALASEMIA - PART 2 of 4

  • Talasemia Alfa
  • Ia disebabkan kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa.

  • Tahap keterukan talasemia ini bergantung kepada bilangan gen alfa globin yang hilang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemindahan darah sekali-sekala sementara yang lain memerlukan pemindahan darah yang berkala (berterusan). Sesetengahnya pula langsung tidak memerlukan pemindahan darah. Kesemua ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit tersebut.

  • Ia boleh menyebabkan kejadian lahir mati akibat hydrops foetalis (sembab yang teruk di keseluruhan badan bayi yang dikaitkan dengan anemia teruk) jika tiada globin alfa yang dihasilkan semasa hayat janin.

Hemoglobin E/ Talasemia Beta

  • Hemoglobin E mempunyai struktur yang berubah dan kadangkala menunjukkan ciri-ciri yang berubah/berlainan.

  • Hemoglobin E/Talasemia Beta adalah keadaan yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu.

  • Dalam kes ini, individu mewarisi 1 gen Talasemia Beta dan 1 gen hemoglobin E yang abnormal masing-masing daripada ibu atau bapa.

  • Ia boleh menyebabkan masalah terhadap individu berkenaan dan pemindahan darah yang berterusan/berkala mungkin diperlukan ataupun tidak.

  • Darah individu yang menghidap hemoglobin E/ Talasemia Beta mengangkut oksigen lebih baik berbanding individu dengan Talasemia Beta sahaja. Oleh itu mereka boleh bertahan dengan paras hemoglobin yang lebih rendah.

Penyebab Talasemia Beta major

Talasemia major berlaku apabila gen yang cacat diwarisi daripada kedua-dua ibu dan bapa. Jika ibu atau bapa merupakan pembawa ciri Talasemia, mereka boleh menurunkan ciri ini kepada anak-anak mereka. Jika kedua-dua ibu bapa pembawa ciri tersebut maka anak-anak mereka mungkin merupakan pembawa atau mereka akan menghidap penyakit tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rajah .

Faktor risiko dan langkah pencegahan

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi Talasemia major atau merupakan pembawa kepada ciri ini adalah sangat berisiko.

Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?

  • Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.

  • Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.

  • Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.

TALASEMIA - PART 1 of 4

Talasemia

Talasemia ialah satu penyakit yang diwarisi iaitu penyakit kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan bahan yang mengangkut oksigen dan memberi warna merah kepada darah.

Setiap tahun, lebih kurang 100,000 bayi di seluruh dunia dilahirkan mengalami talasemia major. Talasemia major paling kerap berlaku di kalangan mereka yang berketurunan Itali, Greek, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika.

Nama lain bagi Talasemia Major Ialah Talasemia Beta Homozigus, Anemia Mediterranean dan Anemia Cooley.

Gejalanya;

  • Keletihan yang teruk.

  • Sesak nafas.

  • Jaundis.

  • Limpa membesar.

  • Kecacatan tulang (muka berupa mongoloid).

Jenis-jenis Talasemia

Talasemia Beta

Ia disebabkan oleh mutasi yang terjadi dalam gen globin beta.

Individu yang mewarisi satu gen Talasemia Beta dari ibu atau bapa dikenali sebagai Talasemia minor atau trait (ciri). Talasemia trait bukanlah suatu penyakit dan individu yang mempunyainya boleh meneruskan kehidupan yang dikira normal. Mereka merupakan pembawa kepada gen yang abnormal ini dan selalu digelar 'pembawa Talasemia yang sihat'. Mereka mempunyai paras hemoglobin yang rendah sedikit daripada biasa. Kekurangan ini selalunya lebih ketara ketika hamil. Sel darah merah mereka juga bersaiz kecil sedikit daripada biasa.

Individu yang mewarisi dua gen Talasemia Beta, satu gen abnormal daripada ibu dan satu daripada bapa dikenali sebagai penghidap Talasemia major. Ia merupakan penyakit yang biasa terjadi di Malaysia.

Individu Talasemia major menghasilkan rantaian beta globin yang sedikit berbanding normal.

Sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana ia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mengalami anemia diantara 6-18 bulan selepas dilahirkan.

Mereka memerlukan pemindahan darah yang berkala untuk meneruskan kehidupan.

Kanak-kanak yang tidak dirawat biasanya akan sakit ketika berumur di antara 2-4 tahun. Mereka menjadi pucat, tumbesaran terbantut dengan kecacatan tulang dan limpa membesar

Health for a Lifetime only at :
http://kitasihat.blogspot.com