Monday, April 14, 2008

TEKANAN & STRES - PART 1 of 3

Stres

Dalam kehidupan sehari-hari, kita terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan atau stres. Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.

Kehidupan moden hari ini sememangnya penuh dengan tekanan. Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Jika tidak dirawat, tekanan yang dihadapi akan membuat kita merasa tidak berdaya dan tidak berguna. Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan

APAKAH TANDA-TANDA AMARAN SESUATU TEKANAN

Gejala Fizikal

Gejala Mental

Degupan jantung yang cepat Merasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
Banyak berpeluh Risau dan bimbang
Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
Bernafas kencang Merasa tidak sihat
Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil Sukar untuk tidur
Kaki dan tangan terasa sejuk Keinginan seks menurun
Selera makan berubah Terasa amat letih
Gangguan keseksualan Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

APAKAH KESAN AKIBAT TEKANAN YANG BERPANJANGAN ?

  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
  • Serangan jantung
  • Masalah sinus
  • kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Serangan migrain
  • Gangguan kebimbangan
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan

Health for a Lifetime only at :
http://kitasihat.blogspot.com