Wednesday, April 16, 2008

TEKANAN & STRES - PART 3 of 3

Pelbagai krisis atau perubahan hidup mempunyai kesan yang berbeza ke atas kesihatan. Amat berguna bagi kita mengetahui kesan-kesan krisis ini supaya persediaan yang wajar dapat dibuat untuk menghadapinya. Untuk mengukur kedudukan anda pada skala di atas, jumlahkan skor yang didapati bagi setiap peristiwa yang dialami sepanjang 12 bulan yang lepas.





Skor

Kebarangkalian jatuh sakit

300

80%

200 - 299

50%

150 - 199

33%

Jumlah skor ini akan dapat meramalkan sejauh mana kesihatan anda secara keseluruhannya boleh dipengaruhi oleh perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupan anda. Langkah-langkah yang berkesan untuk melawan tekanan ini perlu diambil untuk mengurangkan kesan dari perubahan tersebut.

PENGURUSAN SENDIRI

  • Bersenaman secara tekal (20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu). Senaman dapat meningkatkan kesihatan fisikal dan emosi

  • Mengamalkan tabiat yang sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup

  • Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Bersikap realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kepuasan.

  • Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukkan masa untuk hobi dan rekreasi.

  • Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum anda merasa tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang anda boleh percayai (pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama)

  • Bersikap positif dan belajar menerima kelemahan diri. Jangan merasa gusar mengenai perkara-perkara yang di luar kawalan anda. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang dimiliki apabila merasa tertekan.

  • Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.

  • Bina silaturrahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda merasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam sesuatu perhubungan.

  • Ubahsuai persekitaran anda untuk menyingkirkan unsur-unsur yang menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri anda

  • Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.

  • Uruskan masa anda dengan baik. Senaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingannya. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak

  • Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu.

  • Rehat dan tenangkan diri anda dengan melakukan perkara-perkara seperti mandi wap, berurut, meditasi, membuat renungan (membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan) dan menarik nafas sedalamnya akan merehatkan otot-otot dalam (mengecut dan merehatkan gentian otot)

  • Membantu mereka yang memerlukan. Menolong seseorang akan dapat mengubah tumpuan dan perhatian kita dari masalah dan kerisauan yang dihadapi.

AMARAN: Membantu diri sendiri adalah sangat berfaedah, tetapi ia bukanlah pengganti kepada bantuan profesional. Masalah tingkah laku dan emosi boleh memudarat dan membahayakan.

Health for a Lifetime only at :
http://kitasihat.blogspot.com