Thursday, May 24, 2007

Belajar Menangani Stress Pekerjaan : Part 1

Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

  • Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai

Praktikan pemikiran yang rasional dan positif

Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. Sekiranya ini berlaku;

  • Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
  • Pastikan tafsiran anda tentag sesuatu situasi sepadan dengan fakta
  • Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah

Berkomunikasi secara berkesan

  • Jadilah pendengar yang baik
  • Berkomunikasi secara agresif
  • Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
  • Hormati pandangan orang lain
  • Gunakan fakta, bukannye mengikut perasaan

Tangani kritikan dengan baik

  • Apabila anda dikritik : bertenang, tentukan apa yang anda boleh percaya
  • Sekiranya kritikan itu benar : terima, ambil langkah sewajarnya
  • Sekiranya kritikan itu tidak benar: dpatkan lebih maklumat, betulkan tanggapan yang salah itu!