Tangani kemarahan secara berkesan
Tiga langkah yang penting:
- Berhenti : akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang
- Berfikir : rancang fikiran anda
- Bertindak : gunakan daya tindak yang berkesan
Atasi masalah dengan berkesan
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL
· I: Identify the Problem ( Kenal pasti masalah )
· D: Describe Possible Option ( Huraikan pilihan yang ada )
· E: Evaluate Pros and Cons ( Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan )
· A: Act Based On The Best Possible Action ( Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik )
· L: Learn ( Belajar dan semak semula )
Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan lain-lain.
Praktikkan pengurusan masa yang berkesan
- Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari
- Senaraikan tuga-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
- Delegasikan tugas anda secara berkesan
Amalkan cara hidup sihat
- Bersenam selalu
- Makan secara sihat
- Tidak Merokok
- Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
- Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain-lain)